SKINCARE AGENT & DROPSHIP FAQs

Q : Boleh saya tahu apa itu program Dropship ?

Dropship adalah satu konsep bisnes yang mudah dan amat sesuai dengan bisnes online sebab tak perlu keluarkan modal dan simpan stok. Ianya amat sesuai bagi yang baru berjinak-jinak dalam dunia bisnes online. 

Q : Boleh saya ambil dropship di bawah saya?

Ya, jika anda mendaftar sebagai agent, dropship boleh diambil mengikut berapa ramai yg anda mahu untuk membantu anda mendapatkan customer yang lebih ramai.

Q : Ada training disediakan?

Ya, anda boleh mengikuti kelas marketing basic dan advance secara percuma mengikut harga pakej anda (bergantung kepada HQ).

Q : Bagaimana dengan bahan marketing?

Jangan risau, gambar, video, testimoni, copywriting dan marketing tips disediakan oleh kami. Anda hanya perlu buat promosi sahaja.

Q : Bolehkah saya order menggunakan kaedah COD atau mengambil sendiri barang yang hendak dibeli?

Boleh, buat masa ini, ORYN hanya menerima tempahan dan bayaran secara online. Tetapi anda juga boleh ambil sendiri produk di 3484, Jalan Puchong, Taman Paik Siong, Batu 7 ½, 47100 Puchong Selangor.

Q : Sekiranya barang yang di pos pecah atau rosak, adakah pihak ORYN akan bertanggungjawab?

Ya!, ini kelebihan yang anda dapat sebagai Agent atau Dropship ORYN. Anda dan pembeli akan di lindungi dengan JAMINAN WARRANTY kami selama 7 hari selepas pembelian di buat. Sekiranya terdapat kerosakan atau pecah sewaktu tiba pada pembeli anda, anda hanya perlu mengambil gambar dan buat aduan kepada kami, KAMI AKAN MENGGANTIKAN BARANGAN YANG ROSAK (sahaja) kepada pembeli anda tanpa caj tambahan.

Q : Bagaimana jika penghantaran tersalah produk atau alamat?

Pulangkan kepada kami semula dan kami akan menggantikannya dengan yang baru. Kos penghantaran di TANGGUNG oleh kami sepenuhnya jika kesilapan tersebut berpunca dari kelalaian kami.

Q : Adakah duit yuran ejen akan di pulangkan semula sekiranya saya tidak berminat lagi untuk menjadi ejen ORYN?

Maaf, yuran tidak dipulangkan.

en_GBEnglish
0